Kali ni, Admin nak share 3 doa harian lain. Langsung lihat aja gan.
1. Doa Tobat:
Tuhan yang Maharahin,aku
menyesal atas dosa-dosaku, sebab
pantas aku Engkau hukum,terutama
sebab aku telah menghina Engkau,
yang mahamurah dan mahabaik
baik.
Aku benci akan segala dosaku
dan berjanji dengan pertolongan
rahmat-Mu hendak memperbaiki
hidupku dan tidak akan berbuat
dosa lagi. Ya Tuhan ,kasihanilah
aku, orang yang berdosa ini.
Amin.
2. Doa Pagi:
Bapa di syurga,
kami berterima kasih kepada-Mu,
kerana hari baru ini.
Berikanlah kami iman yang hidup,
harapan yang kuat, dan cinta yang ikhlas.
Semoga segala perkataan
yang akan kami ucapkan hari ini
dan segala perbuatan kami,
menyenangkan hati-Mu.
Bimbinglah kami dengan Roh-Mu,
agar tingkah laku kami
makin serupa dengan
Yesus Kristus Putra-Mu.
Berkatilah keluarga kami
dan semua orang yang akan
kami temui pada hari ini.
Semoga pergaulan kami
dengan mereka menunjukkan kebaikan,
seperti Engkau baik hati
bagi semua manusia.
Kami akan berusaha menerima
suka dan duka dengan hati yang tabah.
Santa Perawan Maria,
Bunda Yesus, jagailah kami anakmu.
Kemuliaan kepada Bapa
dan Putera dan Roh Kudus,
seperti pada permulaan,
sekarang, selalu, dan
sepanjang segala abad.
Amin.
3. Doa Malam:
Bapa yang di syurga,
sebelum tidur kami
menyerahkan diri kami kepada-Mu.
Kami berterima kasih atas
penyelenggaraan-Mu
sepanjang hari ini.
Ampunilah segala dosa,
yang telah kami lakukan...
[ pemeriksaan batin ]
Kami sungguh menyesal
semua yang mendukakan
hati-Mu. Berkatilah semua
orang yang kami cintai,
kawan dan lawan. terlebih
mereka yang bersusah dan
membutuhkan hiburan-Mu.
Semoga arwah
saudara-saudari kami
yang telah meninggal,
Kau bahagiakan di syurga,.
Kami merasa tenteram,
kerana persatuan kami
dengan Santa Maria,
Santo Yosep dan
para Kudus-Mu.
Semoga malaikat-malaikat-Mu
melindungi kami dan
menghalaukan pengaruh si jahat.
Terpujilah nama-Mu yang kudus.
Amin.